Ramai orang tak tahu dulu masa zaman belajar, Kak Nur kerap sakit. Boleh dikatakan setiap semester masuk wad. Time nak final exam semester, sure masuk wad. Sebab apa? Sebab selalu sangat kena infection. Bayangkan pada masa tu, macam mana nak focus pada exam? Setiap semester nak maintainkan result anugerah dekan lagi.. memang setiap semester, kawan2 Kak Nur sure kena get ready “bila Kak Nur sakit” sebab jawapannya senang je, bawa pergi hospital. At the same time kita pun tak nak susahkan kawan2.. mereka pun nak kena focus exam jugak. Mereka pun ada result nak kena maintain. Ada parents nak mereka banggakan.

Masa tu usia awal 20an. Keadaan kesihatan dah tak berapa bagus. Tak sekuat tenaga macam orang yang sebaya kita. Tak boleh aktif. Tak boleh angkat barang2 berat. Agak fragile. Dari seorang yang lasak, kena jadi pasif. Bukan mudah bagi Kak Nur. Kak Nur pun jadi macam “surprised” jugak lah bila terima berita pasal masalah kesihatan tu pada usia 20 tahun.

Ramai tanya, bagaimana Kak Nur tetap boleh maintan result every semester masa tu, sedangkan selalu sakit dan masuk wad. Habis je masuk wad terus kene sit for the exam. Kadang2 jawab exam lambat dari orang. Kadang2 dah boring sangat masuk wad, paksa doktor nak check out awal sebab nak sit for the paper. Kadang2 sampai kena drop subjek tu dan ambil sem depan. Bertambah pulak kredit hour berbanding kawan2 yang lain. Then kita sorang2 sit for the paper next semester. Eh, awkward lah. Tak best langsung!

Boleh sangat nak stress. Boleh sangat rasa nak berhenti belajar jer dek kerana alasan masalah kesihatan (tapi rasanya kalau berhenti belajar kena rotan dgn abah Kak Nur). 🤣 boleh sangat untuk malas nak maintain result dekan ni. Kalau focus and layankan emosi masa tu.

Tapi bila Kak Nur belajar bahawa ada benda yang berlaku dalam hidup ni, kita tak boleh ubah. Tapi kita boleh ubah bagaimana kita kawal diri dan minda kita. Cthnya, kita tak minta sakit yang life time effect. Tapi kita lupa, Dia bagi sebab Dia tahu kita boleh manage dan handle. Walaupun pada masa tu rasa down and sedih. Rasa serba kekurangan. Tapi Kak Nur fikir, ini semua dari Dia. Apa aku boleh buat sekarang? Terus down? Terus bersedih? Terus kecewa? Sampai lupa Dia masih bagi nyawa, masih bagi tenaga yang ada, masih bagi akal fikiran yang waras, masih ada keluarga yang supportive, masih ada kawan2, masih ada macam2. Tak logik nak layan kecewa sampai LUPA apa Dia dah bagi lebih besar dan banyak.

Kena ingat, masa tu usia Kak Nur baru 20. Banyak benda nak explore and buat bersama kawan2. Banyak benda baru kami venture. Geram bila semua benda tak boleh buat, ada limitation here and there sebab masalah kesihatan. Rasa tersekat!

Jadi masa tu Kak Nur ajar diri utk focus kepada:

1- fine. Keadaan aku dah macam ni. So what should i do now? What i shouldnt do dalam keadaan kesihatan macam ni? And be strict about it. Sebab susah senang sakit kau, akan effect jgk susah senang orang lain. Jadi, kena jaga diri sebaik2nya. Yerlah, nanti sakit, habis effect dekat belajar dan masa orang sekeliling!

2- plan all the fun2 things bersama kawan2. Masa tu memang Kak Nur banyak habiskan masa bersama kawan2 housemates. Kami semua berenam. Before study kami tengok wayang. 🤣 rewards sebelum study. Rewards selepas study, sambung tengok movie lain dekat laptop jer lah. Biasalah, student masa tu. Jerit2 tengok cerita hantu. Then makcik jiran ketuk2 dinding kami supaya diam.

3- cuba solat awal waktu. At the same time kami 1 rumah cuba solat jemaah. Imamnya kami tukar. Siap paksa2 lagi “kau la jadi imam harini. Kau lah kau lah” 🤣 then kami akan mengaji sama2. Kami ni bukan lah pandai sangat pun bab2 agama ni. Mana yang kami boleh amalkan dulu lah. Baca jer lah Yasin tiap2 Khamis malam jumaat. Kami ni saling ingat mengingatkan. Penting untuk ada environment macam ni. Kenapa? Itu lah energy dan circle kita.

4- study tetap study.. Kak Nur memang sejenis study last minute. Bagi Kak Nur masa dalam wad, Kak Nur tetap bawa buku dan semua nota2. Tak pernah fikir, “ah lantak lah. Dah sakit, nak buat macam mana. Redha jer lah” No. i am not that type of person. Kak Nur fikir, yerlah dah sakit. Harini sakit. Akan datang pun sakit.. so sampai bila nak excusekan diri? Does it mean kau tak boleh perform? Masa tu Kak Nur decided, tak kisah lah. Kau study jer. Lain2 kerja Allah belaka. Kau study habis baik. Ingat lagi wayar dekat tangan bagai, tengah pegang nota killer subject. Examnya esok. Keluar kejap hospital esok harinya, semata2 nak sit for the exam sbb tak nak drop the paper. Alhamdulillah. Allah bagi A. 🙊 kita usaha jer lah. Lain2 serah dekat Dia. Sebab sakit tu pun, Dia nak suruh kita breakthrough. Nak kita jadi lagi kuat. Tapi, kalau pilih jadi lembik pun boleh jugak. Ikut kita lah nak yang mana. Tapi kita fikir sendiri lah, apa kita akan dapat?

5- doakan mak ayah lepas solat. Masa tu Kak Nur memang tak miss doakan mak ayah sebab Kak Nur faham, rezeki kita takkan terputus selagi kita doakan mereka. Rezeki pulak datang dalam pelbagai bentuk. Sihat. Kekuatan. Kawan2 yang baik. Result exam bagus. Semua tu rezeki. Kan?

Jadi, itu lah antara 5 perkara Kak Nur buat dulu. Tak ada benda macam wallah2 hebat macam superwoman pun. 🤣

Tapi segalanya bermula apabila Kak Nur mula tukar cara Kak Nur berfikir. It is true, ianya bermula dengan mindset!

If dapat relate story ni dengan u olls, share lah story u olls kat bawah ni.. sama2 kita berada dalam circle yang positif dan kental! 💪🏻

Shares