Kurus kurus kurus kurus kurus! Dah nak masuk 2017 ni, azam kurus tuh mesti kita renew kan? Tak kata orang lain, Kak Nur sendiri pun alami isu yang sama. Siapa yang tak nak kurus kan? Lama juga sebenarnya Kak Nur fikirkan samada nak share atau tak pengalaman berat badan turun naik ni dengan semua.. Sebab bukan apa, ada beberapa perkara yang Kak Nur perlu cerita jika Kak Nur betul2 nak berkongsi bagaimana nak atasi masalah yang Kak Nur hadapi dari tahun lepas.. Setelah difikir2, okay tak apa lah, Kak Nur kongsikan sahaja sebab rupa2nya ramai yang PM Kak Nur di facebook menanyakan bagaimana nak jaga badan, bagaimana nak kuruskan badan, bagaimana nak kempiskan perut selepas pembedahan.. Bukan apa, mereka hubungi Kak Nur sebab mereka tahu Kak Nur buat pembedahan apendiks tahun lepas. Kak Nur ada share pengalaman ni di facebook sahaja itu pun tak cerita details.. So, kali ni, Kak Nur rasa nak berkongsi sangat pengalaman Kak Nur sebagai pemakai Premium Beautiful for 5 years, dan bagaimana Kak Nur boleh kuruskan badan, kempiskan perut, selepas pembedahan, bersama Premium Beautiful.

source gambar: Mr. Google

source gambar: Mr. Google

Bagi yang tak tahu bagaimana operation apendiks, ha boleh tengok gambar di atas ni. Perut kita akan ditebuk 3 lubang, dan operation ni dipanggil laparoscopic appendectomy. Kak Nur tak boleh nak cerita lebih sebab Kak Nur tak tahu menahu about this but Kak Nur hanya boleh share pengalaman sebelum dan selepas. Ketika surgery mana sedar apa dah. hihi kalau sedar time surgery, mahu pengsan agaknya Kak Nur ya.. hihihi..

Bagaimana boleh tahu Kak Nur ada apendiks? Kejadian apendiks ni berlaku tahun 2015, bulan October. Kak nur ni bukan lah yang suka makan pedas sebab biasanya orang akan kaitkan apendiks dengan makan pedas kan? Sebab biji lada akan berkumpul dekat kantung apendiks tu kan? Kak Nur pada mulanya hairan juga kenapa boleh kena apendiks and it happened like all of sudden. Umpama “sakit.pergi hospital,warded.operate” haa.. as simple as that tau! Tapi kawan Kak Nur kata, apa2 jenis biji pun boleh tersangkut dekat kantung apendiks tuh, contohnya biji terung. Sangat logik sebab Kak Nur suka sgt makan terung tau. Lebih2 lagi gulai terung tuh. Sedapnya.

Kisahnya bermula apabila Kak Nur had a dinner dengan kawan2, dan kawan Kak Nur ni, dia offer untuk memasak. It happened that dia masak sangatlah pedas pada masa tu. Kak Nur tidak lah beria sangat makan. Tapi sejurus lepas makan tuh, perut belah kanan Kak Nur sakit. Sakit tuh macam datang kejap then hilang. Then lama2 pada waktu tu, consisten pulak sakitnya. Ingatkan gastrik. Tapi sakitnya macam kene hiris dengan pisau and cucuk2 sampai merengkok2 Kak Nur masa tu dalam kereta. Kawan2 Kak Nur terus bawa Kak Nur ke klinik di Ampang. Doktor bagi ubat gastrik rasanya, and dia cakap kalau sakit nya tak hilang dlm jangka masa 1 jam, terus ke hospital sebab kebarangkalian adalah apendiks. Pendek cerita, dalam masa 1 jam, sakit masih ada (masa tu kawan Kak Nur parking kereta tepi hospital Ampang Puteri) so kami terus sahaja “checked in” di Ampang Puteri. Pagi esoknya doktor pakar datang tengok and lepas dah berbincang, kami proceed dengan operation sahaja sebab perut Kak Nur masih sakit pada masa tuh.

Lepas operation, memula sekali tengok perut! Ya ALLAH, kenapa perut kembung semacam ni!!! Rasa sangat tak selesa, dan badan rasa lemah2 and berangin! Tanya kepada doktor, dia cakap sebab jika operation perut, memang perut akan dipam dengan gas nak suruh perut kembung untuk proses surgery. So, boleh bayangkan tak bagaimana perut kita dipam2 and no wonder kita akan alami perut bloated tuh! Masa tuh, nak bergerak sangat pun tak boleh. Tapi Kak Nur ni memang jenis aktif dan tak boleh duduk setempat. Nak duduk memang tak selesa mungkin sebab masih baru jer operate kan. Then like 1-2 days boleh discharge dah. Jadi, bermula lah kisah dimana Kak Nur nervous bab perut buncit dan kesan2 lain operation.

Bila dah operate dekat perut tak kisah la samada kita operate caesar sebab nak bersalin ke, atau sekecil2 operation seperti apendiks ni, memang kesannya wow! Masa tu Kak Nur lebih memahami perasaan ibu2 yang bersalin caesar tau.. Kak Nur ni hanya tebuk perut 3 lubang, tapi bayangkan ibu2 yang alami pembedahan caesar?

source: Mr. Google

source: Mr. Google

Nak drive tak boleh for more than 1 month ya. Sebab apa? Sebab kita tak boleh nak tekan pedal minyak sangat nanti sakit dekat bahagian dalam tempat operate tuh. Itu Kak Nur yang just tebuk 3 lubang sahaja. Kalau yang bersalin caesar? Lagi lah! Potong perut kot. Jika isteri anda baru lepas bersalin caesar, bukannya mereka nak mengada2 buat sakit tak boleh buat kerja berat, tapi, memang menyakitkan mereka. Badan lemah. Sakit dekat tempat operate lagi pulak tuh. Ish, ada doktor pakar sakit puan kata, kalau tebuk perut 3-4 lubang ni, rating sakitnya dalam 3-4 per 10 jer. Tapi kalau caesar, sakitnya 11 per 10! Bayangkan lah yer. Kak Nur memang tak lah buat kerja berat apa2 pun. Nak kemana2 pun kawan Kak Nur tolong drivekan, itu pon tak berapa boleh duduk lama, tapi banyakkan duduk dalam posisi baringkan badan supaya tak bagi tekanan pada tempat operation.

Nak dijadikan cerita pula, Kak Nur kan dah 5 tahun pakaikan wanita2 Malaysia Premium Beautiful dan Kak Nur memang faham sgt keadaan perut yang alami pembedahan ni. Perut ada potensi utk mengembang, jatuh, gelebeh, dan mengeras spt kita mengandung. Itu adalah masalah biasa yang dialami oleh customers Kak Nur yang bersalin secara caesar and thats why mereka mencari Premium Beautiful utk mengawal masalah SELEPAS operation di perut.

Apa Kak Nur alami selepas pembedahan apendiks tuh?

  • sakit pinggang sebab nak duduk serba tak kena, nak baring pun statik jer kadang2 tuh (ini pada awalnya lah)
  • Kak Nur ditebuk dgn 3 lubang di bahagian perut. Jadi ada kawasan yang ditebuk tu macam sedikit keras dan jadi macam menonjol sedikit (masa ni, tidak lah jelas sangat tapi Kak Nur dah jadi risau takut jadi semakin jelas)
  • Sakit di bahagian dalam tempat operation
  • Badan berangin, and perut kembung!!!
  • Nafsu makan menjadi2? and tiba2 Kak Nur jadi kepingin nak makan pedas jer. Kak Nur pun tak faham kenapa!

Bila dah rasa semua di atas tuh, boleh bayangkan tak perasaan kita sebagai seorang wanita? Masa tuh memang Kak Nur fikir satu jer, kena pakai Premium Beautiful cepat2 sebab bimbang jika perut ni tiba2 memang akan buncit dan kembung sampai bila2. Down tak? eh down jugak la. Cuma yang melegakan ialah bentuk badan kita takkan lari shape ya. Itu salah satu kesan kepada pemakai Premium Beautiful. Even berat kita naik, perut nak jadi lah macam mana sekali pun, shaping tetap terjaga, At least, tidak lah pening kepala badan kita lari shaping kan! Lega juga bab tu! Sebab, nak fikirkan dan selesaikan masalah perut kembung and menunjukkan simptom2 nak keras dekat 3 lubang tuh, memang LETIH! So, apa Kak Nur buat?

Pada masa tuh, Kak Nur masih belum berniqab jadi Kak Nur tiada gambar yg boleh diperkongsikan dengan u olls semua. Tapi pada masa tuh, badan memang naik, and naiknya tu more kepada mengembang. Bayangkan badan kita macam belon, mengembang! Mengembang yang ada shape! Tak Tahu nak gelak apa. Tapi macam tu lah keadaannya. So, apa Kak Nur buat? Nak exercise memang Kak Nur tak boleh sangat sebab ada masalah slipped disc di leher dan pinggang. Sebarang aktiviti lasak sikit pun Kak Nur dah tak buat lama dah, The only choice yang Kak Nur ada ialah pakai Premium Beautiful. Walaupun dah pakai 5 tahun. bila dah operate tetap ada juga masalah2 macam orang lain yang buat pembedahan cuma mungkin kelebihannya ialah shaping tetap ada dan mungkin kembung dan perut mengeras tuh tidak lah terlalu serious sangat, tapi still ada!!! Badan pula macam belon dibuatnya!

Bagi yang dah ada Premium Beautiful sememangnya kita tahu, PB ni ada 3 keping. Long bra, Long girdle dan Waist Nipper/Bengkung.

1 set Premium Beautiful Elegance

1 set Premium Beautiful Elegance

Ini Kak Nur share bagaimana Kak Nur kuruskan semula badan Kak Nur dengan pakai Premium Beautiful juga, tapi dengan cara yang sedikit berbeza, mengikut kesesuaian dan keadaan kesihatan pada masa tu, So, 2 minggu pertama, Kak Nur mulakan dengan tidur beralaskan sahaja Waist Nipper PB ni, sebab nak pakai memang tak boleh lagi lah, dek sebab masih rasa sakit2 lagi dekat tempat operate tu. Kadang2 Kak Nur letak je Waist NIpper tuh atas perut sebab PB ni ada Far InFra Red Rays yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka yang bahagian dalam perut kita tu. Kak Nur hanya minum sekali dua sahaja pati ikan haruan or gamat or apa2 lah sebab nya ada yang maklumkan kepada Kak Nur, bahawa bimbang jika parut luar dan dalam jadi tak cantik and melekat2. So, Kak Nur hanya bergantung kepada ubat doktor dan juga Premium Beautiful sahaja lah selain daripada ambil BB Plus Collagen yang memang Kak Nur amalkan dari dulu. Mungkin itu juga jadi asbab proses luka tu cepat sembuh sebab kolagen dalam badan kita tinggi so sel2 pun cepat jer nak elok semula. Itu dalam bahasa mudahnya lah. Memang parut kak nur tak timbul dan elok sahaja, Alhamdulillah. Sebab operation ni doktor tak jahit, tapi hanya plasterkan sahaja.

Selepas 2 minggu, Kak Nur mula pakai Waist Nipper tu dengan proper lah, tapi tidak ketat. Masa tu, badan memang keluar jugak anginnya. Bila luka dah kering, dan dah tak berapa sakit, Kak Nur mula pakai Long Girdle/seluar PB pula. Memang awal2 rasa macam senak2 juga sebenarnya dan rasa cucuk2 sikit.. Tapi Kak Nur buat derk jer dulu. Tapi if tak tahan, Kak Nur akan buka dan rehatkan badan. Kak Nur buat camtu ikut keselesaaan badan Kak Nur sehingga boleh pakai 1 set PB. Memang Kak Nur nampak, makin lambat nak boleh pakai 1 set PB makin slow berat badan nak turun and makin slow perut nak kempis semula. Yerlah, bukannya kita operate perut 3-4 kali setahun. Pengalaman kali pertama kot. Since then, memang berat badan payah sedikit nak turun. Kak Nur berniqab bulan APRIL, 2016 pada masa tuh badan dah mula turun slowly TETAPI badan naik semula!!!

Bagaimana? KENAPA!!! Apabila Kak Nur again, lalui operation perut! hihihi Kali ni, untuk masalah yang berbeza! Operation kali ni, ditebuk 4 lubang dan berjahit, bukan seperti operation pertama dah yer. Pengalaman yang ni, biarlah Kak Nur simpan dulu untuk entry yang akan datang sebab pengalaman operation yang ke 2 ni agak memberi kesan fizikal dan emosi juga kepada Kak Nur.. Tapi yang tak bestnya ialah berat badan naik sehingga 70kilo ya! Tak pernah2 badan naik berat sehingga 70kilo!!! 2 kali badan dioperate dalam jangka masa setahun, dan badan memang macam dipam2 jadinya! Tak masuk bab jenis kuat makan lagi!

Apa Kak Nur buat? Badan baru je turun dan kurus lepas operation pertama, then tetiba badan naik pula time operation ke dua! Stress and geram memang ada! Tapi jenis cool and rileks sebab Kak Nur faham semua ni ambil masa, dan apa Kak Nur kena buat hanyalah ulang semula apa Kak Nur dah pernah amalkan, buat secara konsisten pakai Premium Beautiful dan jaga pemakanan. Operation ke 2, Kak Nur tak ambil masak lama untuk pakai PB 1 set! In 1 week time, Kak Nur dah mula pakai Premium Beautiful 1 set! hihihi kalau operation kali pertama, ambil masa more than a month kan? Tapi kali ni, Kak Nur nak cepat je turunkan berat badan sebab nak badan ringan bila solat dan nak sihat seperti sediakala berjalan ke sana ke mari cepat2!

Alhamdulillah memang cepat turun berat badan! ┬áMemang betul, lagi cepat pakai Premium Beautiful, lagi cepat badan akan turun! Sangat obvious sebenarnya tapi tak boleh nak share how obvious it is melalu gambar lah kan. Cuma, ramai yang follow Kak Nur di facebook, memang mereka kata “kak nur!makin kurus!!!” Sebenarnya mereka tak tahu apa yang dialami oleh Kak Nur operation here n there and struggling berat badan naik disebabkan operation. Lain badan lain pengalaman. Tapi, untuk pengalaman kali ke 2 dioperate, Kak Nur ambil masa sebulan sahaja untuk turunkan berat badan dan di bawah ni ialah Kak Nur yang terkini.. hihihi yang ikuti Kak Nur di facebook atau instagram memang mereka kata kurusnya Kak Nur sekarang.. siap tanya2 lagi tips bagaimana yer..

26.12.2016

26.12.2016

Apa Kak Nur amalkan untuk kuruskan badan setelah berat badan naik kali ke 2 ketika operation yang ke 2?

  • Pakai Premium Beautiful on the first week mengikut flow macam Kak Nur pakai masa operation pertama (alas bengkung, letak bengkung atas perut, pakai seluar dulu walaupun masa tuh, plaster luka di 4 tebukan di perut tak buka lagi, then terus pakai 1 set in that 1st week!)
  • Kak Nur amalkan epal hijau setiap hari especially before makan nasi dan malam
  • Kak Nur tetap makan nasi cicah budu namun Kak Nur amalkan semula banyakkan makan ulam2 kampung sahaja dan nasi tu tidaklah membukit (Walaupun kadang2 tersasar juga)
  • Masa ni disebabkan kesan ubat yg agak kuat, Kak Nur tak berapa nak minum air masak sebab rasa pahit, so Kak Nur minum la air apa pun, asalkan minum air tapi masa ni Kak Nur amalkan minum susu sekali sehari sahaja
  • Kak Nur amalkan pengambilan Celgynic Gold Fat Shooter, selang 2 hari sekali, 4 biji sehari (yang mana follow Kak Nur di facebook, u guys tahu kan, Kak Nur memang amalkan celgynic gold fat shooter dah more than 3 months! Sebab Kak Nur tahu celgynic gold ni, boleh membantu cepatkan proses sembuh luka, and cepatkan tembak lemak!)

 

Event Beyoutiful by SHOM 23.12.2016

Event Beyoutiful by SHOM 23.12.2016 Besama Anak Saudara, Nina

Tak mudah bila alami pengalaman begini. Sebab tu Kak Nur fikir, Kak Nur perlu share pengalaman nak kuruskan badan bagi yang alami pembedahan samada kecil atau besar macam Kak Nur. My experience, lebih kurang dalam masa setahun gitu, 2 kali pembedahan di perut. Sangat mencabar nak jaga sebenarnya dan memang tak mudah bila tengok perut membesar! NOT easy for me! Semestinya selepas operation ke 2, Kak Nur jaga betul2, bukan apa, fikirkan badan nak pakai lama, kita muda lagi, banyak lagi urusan dan amalan yang kita nak kejar..

InsyaAllah bermula dengan niat nak kuruskan badan, tapi banyak manfaat lain yang kita boleh dapat. Badan rasa segar, ringan, itu pun satu nikmat untuk kita rasai dan bersyukur. Kak Nur harap, entry kali ni boleh membantu bagi yang menghadapi masalah yang sama seperti Kak Nur..

Pada yang masih belum ada Premium Beautiful dan teringin nak cuba Celgynic Gold, boleh hubungi Kak Nur direct. Bagitahu apa masalahnya pada Kak Nur, insyaAllah Kak Nur akan bantu utk dapatkan badan yang kurus!

signature-nurfadzliah

Shares