Select Page

Kisah Kaum Nabi Musa AS 

Terdapat sebuah kisah seorang lelaki dalam kalangan bani Israel pd zaman Nabi Musa AS yg telah melakukan maksiat selama 40tahun. Beliau tidak pernah bertaubat memohon ampun drpd Allah SWT walaupun sekali. Sehingga pd 1 thn, berlaku kemarau yg teruk di negeri tersebut. Tumbuh tumbuhan dan binatang byk yg mati. Air sungai menjadi kering. Maka, bani Israel meminta Nabi Musa AS berdoa kpd Allah SWT agar menurunkan hujan.


Nabi Musa AS pun mengajak kaumnya bersama-sama meminta hujan kpd Allah SWT. Baginda telah keluar bersama 70 ribu orang bani Israel. Mereka berkumpul di satu kawasan lapang dan berdoa dgn bersungguh-sungguh. Namun, hujan tetap tidak turun. Keadaan ini memaksa Nabi Musa AS bertanya kpd Allah SWT, “Mengapa hujan masih tidak turun?” Lalu, Allah SWT mewahyukan bahawa dalam kalangan mereka ada seorang lelaki yg telah melakukan maksiat selama 40tahun, dan tak pernah bertaubat walaupun sekali. Maka, hendaklah dia keluar dan bertaubat.


Nabi Musa AS merayu agar pelaku maksiat itu keluar. Namun, lelaki tersebut berasa malu utk keluar. Apabila pelaku maksiat itu melihat tiada siapa yang keluar, maka dia berbisik di dalam hatinya, “Sahlah aku orang yang dimaksudkan.” Lalu, lelaki itu bermunajat kpd Allah SWT, “Ya Allah, aku telah melakukan maksiat kpdMu selama 40tahun, lantas Engkau telah melindungiku. Pada hari ini, aku bertaubat kpdMu. Namun, jika aku keluar semua org akan tahu, dan jika aku tidak keluar maka hujan tidak akan turun. Kesannya, kami akan binasa. Ya Allah, harini ini aku bertaubat, aku menyesal, dan aku kembali kpdMu. Terimalah taubat dan lindungilah aku sekali lagi.” Sejurus itu, hujan mulai turun.


Nabi Musa AS berkata, “Wahai Tuhan, hujan sudah turun sedangkan tiada seorang  pun yg keluar?” Baginda berasa hairan. Allah SWT menjawab, “Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana taubat hambaKu yg telah melakukan maksiat selama 40tahun. Sesungguhnya Aku gembira dgn taubatnya.” Nabi Musa AS bertanya lagi, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kpdku orang tersebut, supaya aku juga dpt turut gembira bersamanya. 


Allah SWT menjawab, “Wahai Musa, dia teah melakukan maksiat selama 40tahun, dan aku melindunginya, dan hari ini apabila dia bertaubat kpdKu, adalah Aku patut membongkarnya?”


Subhanallah. Allah Maha Penerima Taubat Lagi Maha Pengasih. ❤️

Sumber: Buku Indahnya Taubat

Shares