Slipped disc. Agak biasa kita dengar. Ada juga yang tak pernah dengar dan tertanya2 apakah slipped disc ni? Kadang2 sedar tak sedar kita memang ada slipped disc, cuma tak tahu term nya sahaja. So before Kak Nur proceed dengan cerita Kak Nur, u olls boleh baca apa itu slipped disc tu dekat SINI, supaya semua jelas apa itu slipped disc sebenarnya kan? Pendek cerita, kalau sakit pinggang, sampai melimitkan pergerakan, sakit leher, selalu kebas2 di bahagian pinggang, kaki, or bahu lengan, elok lah check dengan doktor pakar terus. Minta mereka tolong X-Ray untuk kepastian kita ni ada slipped disc ke tidak. Bukan apa, jika kita tak tahu kita ada slipped disc ni, kemungkinan besar kegiatan harian kita akan menyebabkan keadaan kesihatan kita semakin teruk dan kita semestinya tak nak tiba2 mengakibatkan kita lumpuh! So, nasihat Kak Nur, pergi check cepat2 ok? 

Mungkin ada yang masih tertanya2 bagaimana Kak Nur boleh dapat slipped disc ni dan apa jalan ceritanya.. Jadi u olls boleh click SINI untuk baca kisah Kak Nur serba sedikit.. Sebab entry ni, Kak Nur nak share more kepada apa lifestyle yang Kak Nur amalkan setelah doktor pakar kata Kak Nur ada slipped disc di leher dan juga di pinggang. 



Masuk tahun 2016 dah genap almost 5 tahun Kak Nur alami slipped disc ni. Kak Nur terpanggil utk buat entry ni apabila kawan Kak Nur (lelaki) juga mengalami slipped disc di pinggang nya yang membuatkan beliau perlu jalani operation sebanyak 2 kali (pertama kali tahun lepas, dah kali ke 2, setelah beliau jatuh di dalam bilik, dan sebulan kemudian, beliau jalani operation kali ke 2 bagi masalah slipped disc). Jadi, Kak Nur memang pergi jumpa beliau sendiri, bukan utk apa2 pun, tapi Kak Nur tahu tak semua pesakit slipped disc betul2 amalkan lifestyle yang sgt2 boleh membantu mereka mengurangkan kesakitan, because kita semua tahu once kita ada slipped disc, memang dah tak boleh undur masa lagi dah, sebab slipped disc itu, bersifat kekal, dan memberi life time effect kpd kita. Jadi, selepas Kak Nur borak dengan beliau, Kak Nur rasa sangat2 perlu utk Kak Nur bercerita bagaimana Kak Nur ubah lifestyle Kak Nur atas nasihat doktor pakar Kak Nur pada hari Kak Nur diberitahu Kak Nur ada slipped disc di leher dan pinggang. Kak Nur sgt2 berharap, entry ni dapat membantu sedikit sebanyak kepada pesakit slipped disc di luar sana, utk kaji balik lifestyle kita sebagai pesakit slipped disc.

*Apa yang Kak Nur share adalah dari pengalaman Kak Nur sendiri. Kak Nur tidak kata ini lah yang terbaik utk semua, namun, apa Kak Nur amalkan ni, memang sgt2 membantu Kak Nur utk kurangkan kesakitan, masuk ward tiap2 bulan, elakkan pembedahan tulang belakang, dan yang penting, Kak Nur tak stress dah dengan sakit2 kebas, or electric shock dekat kaki and tangan.

zaman selalu masuk ward.. hi hi hi

Kenapa perlu ubah lifestyle? Penting ke? Penting sangat. Sebab doktor pakar Kak Nur pesan, slipped disc sekali dah terjadi dekat diri kita, disc tu dah tak boleh nak masuk balik pada tempatnya, melainkan operate dan buang sahaja. Cuma, kita yang masih muda dan aktif ni, perlu ambil langkah berjaga2 bagi memastikan aktiviti harian kita, tidak mendorong ke arah yang boleh menyebabkan disc kita makin terkeluar dan terkena pada saraf. Maksudnya, jika dah terkena slipped disc, kita kena maintain biar slipped disc tuh tak lagi parah. Itu saja kita boleh lakukan. If tak jaga lifestyle kita, dibimbangi, sebarang aktiviti kita, akan menyebabkan keadaan slipped disc kita semakin teruk! Minta dijauhkan!

Lifestyle Kak Nur setelah diberitahu doktor pakar bahawa Kak Nur ada slipped disc di leher and pinggang ialah:

1. Redha


Honestly Kak Nur akui bukan mudah nak redha or terima satu berita yang kita ada slipped disc. Mungkin bagi yang tidak merasa, bagi mereka slipped disc ni perkara enteng sahaja. Tapi, sebenarnya, apa2 juga yang berkaitan dengan tulang belakang kita, IT IS VERY IMPORTANT utk kita jaga sebaik2nya. Redha. Terima. Sedar diri. Sebab apa? Sebab jika kita tak boleh terima kita perlu ubah lifestyle kita, proses utk kite kurangkan kesakitan dan mengurangkan risiko utk slipped disc jadi semakin teruk, agak susah. Kita perlu akur dan faham apa itu slipped disc dan apa yang perlu kita buat supaya kita boleh happy2 saja tanpa ada gangguan masalah2 sakit pinggang dan leher. Jangan tunggu masuk hospital, keadaan dah teruk, baru nak REDHA dan SEDAR diri. JANGAN. Allah bagi kita hadiah ni, mesti bersebab. So jangan ikutkan hati sangat, kita perlu rileks dan berfikir.. “apa yang perlu dan tak perlu aku buat” sebab trust me, ini sangat membantu kita utk menjalani kehidupan harian kita dengan lebih sihat, free of kesan daripada slipped disc. 

2. Limitkan Pergerakan


Kita yang ada slipped disc kena sedar diri, bahawa kita dah tak seperti dulu. Kalau dulu kita jaguh berlari, jaguh bersukan, kita dah kena sedar diri bahawa kita dah tak boleh ada pergerakan yang melebihi limit kita. Seeloknya kita hadkan pergerakan kita. Macam Kak Nur, pada awal tahun pertama kena slipped disc, Kak Nur limitkan pergerakan. Maksudnya tidak lah spt dulu, berjalan tanpa henti, bersukan tak ingat dunia. Kak Nur tak kata, kita tak boleh bersukan or tak boleh berjalan2. Kena ada limit. Contohnya selama ni, kita boleh berjalan di mall 1-2 jam tanpa henti, tapi kali ni, kita cuba dengan berjalan kurang daripada itu, dan berehat/duduk seketika. Jangan tunggu pinggang or leher sakit baru nak berhenti. Berhenti or limitkan sebelum signal “sakit” tu kita dapat rasa. Macam Rasulullah pesan “makan sebelum lapar, berhenti makan sebelum kenyang” so macam tu juga kita dalam melimitkan pergerakan kita. Bukan apa, kita nak kurangkan tekanan/pressure pada tulang belakang kita sepanjang kita bergerak. Yang jadi masalahnya ialah apabila, kita dah tahu kita ada slipped disc, tapi kita degil jugak nak berjalan lama, nak duduk lama, nak baring lama, nak semua lama. Sebab tu Kak Nur cakap awal2 kita kena sedar diri kita ni bukan macam orang lain.. Kita ni special macam Iron Man tapi versi plastic, bukan besi. hahaha

3. Berhati-hati/Kurangkan Angkat Objek Berat

Honestly ya, ini memang satu perkara yang agak sukar bagi Kak Nur nak buat. Kak Nur faham juga jika u olls yang ada slipped disc adalah dari kalangan ibu2 dan juga bapa2. Kadang kita rasa macam “habis tu, aku tak boleh dukung anak aku lah? habis tu, kalau semua benda tak boleh, aku nak harapkan pada siapa? nak tak nak, aku jugak kena buat..” dengan itu, kita pun terpaksa buat juga atas sebab tak nak susahkan orang sekeliling kita dan sampai bila kita nak berada dalam keadaan camni kan?Kalau anak minta dukung, bagaimana? Takkan nak bagitahu “ayah tak boleh dukung.. ayah sakit pinggang..” Kita pula tak sampai hati.. Kalau pinggan mangkuk berlambak dalam sink, sampai bila nak cakap/excuse “sorry.. i tak boleh basuh semua tuh.. i kan ada slipped disc..” kadang2 kita rasa dilema, takut2 orang judge kita malas dan beralasan. Pada Kak Nur, LANTAK. Sebab apa? Sebab daripada niat kita tak nak susahkan sesiapa, nanti bila kita jatuh sakit, at the end of the day, kita lagi susahkan semua orang. Bila terlantar dekat hospital, kita tetap akan susahkan orang2 tersayang. So apa yang Kak Nur amalkan ialah, memang Kak Nur akan kurangkan or elakkan terus daripada angkat benda berat. Tahun pertama dan kedua, memang tak dukung langsung anak2 saudara, padahal dulu, memang jenis suka dukung dan main lasak2 dgn mereka. Tak mudah utk kita terima, tapi kita kena fikir lebih panjang. Terpaksa keraskan hati juga. Jika Kak Nur perlu angkat barang2 yang berat, memang Kak Nur terpaksa minta tolong siapa2 sahaja depan mata Kak Nur, walaupun orang tuh orang asing. hahaha “excuse me Sir, boleh tolong saya angkat barang ni sama2? sebab saya ada masalah tulang belakang..” usually, they will just help. Seriously, memang kekok. hahaha tapi nak buat cmne dah! Jika dekat mall, pakai trolley jika kita ada barang banyak, or kita beli trolley kita sendiri utk letak barang2 kita. Jika masa tuh, tak ada orang boleh bantu, angkat sikit2, slow2, biarpun ambil masa yang lama nak angkut barang tuh, dengan limitkan pergerakan, dan angkat ringan2, insyaAllah, boleh. Memang kena bersabar, sebab kalau ikutkan hati, nak angkut semua sekali, sekali harung jer kan? JANGAN. Like i said, kena SEDAR DIRI u olls.. hahaha.. bab basuh pinggan mangkuk, kemas rumah, please.. buat sikit2, plan betul2, minta bantuan, dan jangan bajet “ah buat semua sekali la senang, sakit pon sekali harungkan saja” JANGAN. Biarlah lambat sikit pun, nak buat macam mana.. Kalau kita tak faham limit kita, jgn expect orang lain boleh faham keadaan kita. 

4. Postur Badan Yang Betul



Kita yang ada slipped disc ni jangan ambil mudah dengan postur badan. Sebab nya, kita ni, dah la ada slipped disc, disc tu pulak dah terkeluar dari tempat asalnya, dah pulak kena saraf, kalau duduk dekat ofis pun membongkok je, or macam orang malas jer, ya Allah, lagi lah kita punya disc tu akan terkeluar dan menekan saraf kita. Tambah pula kalau nak angkat barang atas lantai, kita pun main tunduk/bongkokkan badan je nak ambil barang tu. Itu kesilapan biasa lah bagi sesiapa saja pun. Ish, Kak Nur kan, memang sgt jaga postur ni sebab Kak Nur faham apa itu slipped disc dan Kak Nur seboleh2 nya akan elakkan any posture yang boleh menyebabkan/mendorong disc tuh untuk lebih terkeluar menekan saraf di tulang belakang kita. Nampak menda ni remeh ya, tapi percaya lah, kalau sekali seminggu duk ambil pen jatuh atas lantai di ofis, tanpa hiraukan posture yang betul, memang lama2 akan sakit lah pinggang kita, dan seterusnya mengakibatkan disc kita makin tersembul terkeluar. NAK ke jadi macam tu? Kak Nur mmg tak nak. hahaha tak rela u olls.. baik hindarkan semua tu daripada kena tahan masuk ward jer selalu (or kena pergi buat fisioterapi). Boleh baca SINI 6 kesan buruk kesan daripada postur badan yang teruk.

5. Pantau Berat Badan


Ini pun penting, sebab jika berat badan kita bertambah, alahai, kesian la dekat badan kita. Dah la tulang belakang kita tu cedera, nak pulak support badan kite yang makin lama makin berisi ni.. Aduhai, kesian dekat dia tau.. So memang ini pun Kak Nur pantau jugak bagi mengelakkan sakit pinggang dan sakit leher. Bukan apa, bila badan kita ringan sikit, memudahkan lagi pergerakan kita, dan membantu mengurangkan pressure dekat tempat yang slipped disc tuh. Alah, bukan kena tahan lapar pun, bersederhana lah bila kita makan, itu sahaja. Macam Kak Nur, satu cara Kak Nur boleh share is makan apple hijau sebelum makan apa makanan berat kita. InsyaAllah, badan susah nak naik ya! (cuba check BMI u olls berapa…..)

6. Exercise Yang Sesuai Bagi Slipped Disc/Fisioterapi


Masa Kak Nur masuk ward dulu2, ada jugak therapist tu ajar Kak Nur certain movement utk mengurangkan kesakitan di leher and pinggang. Maksudnya walaupun kita slipped disc doesnt mean that kita terus BLOCK diri daripada tak buat apa2 aktiviti. Itu pun tak boleh. Tapi kita perlu faham dan tahu yang mana sesuai untuk diri kita. U olls yang kena slipped disc, sure tahu kan exercise untuk keadaan masing2 kan.. Kalau macam leher Kak Nur, Kak Nur selalunya akan mendongak beberapa saat dan ulang 4 5x, sebab kita tak nak muscle dan saraf kita tegang dekat situ. Yang ada masalah slipped disc dekat pinggang boleh buat exercise yg menguatkan lagi otot belakang kita tu, cthnya berenang. U olls boleh kurus and boleh kurangkan kesakitan kat pinggang tuh, all in once terus u olls.

7. Tidur Atas Tilam BVSM/Bio Velocity Sleep Mate

Ha, bukan nak promote yer. Kalau BVSM ni tak menjadi, tak ingin juga Kak Nur nak share about this, sebab bazir masa jer u olls baca. Kak Nur mula guna 3 tahun yang lepas apabila orang bagitahu, elok utk kurangkan sakit2 saraf, sebab rata2 yang lumpuh, bila guna BVSM, Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. So Kak Nur pun guna lah, sbg selimut malam2 waktu tidur. Memang pada hari ke-dua Kak Nur buat tidur tuh, tak ada lah perubahan pun. hahaha.. rupa2nya kita kena minum air masak 1 gelas dulu before nak tidur tuh, supaya memudahkan tindak balas masa tidur. After like a week la, baru Kak Nur rasa perubahan ketara, iaitu, tidur Kak Nur lebih berkualiti (if not, asyik insomnia sebab trauma accident kereta 5 tahun lepas) dan yang penting, sakit2 saraf macam kebas dan lenguh2 tuh dah tak ada. Kak Nur guna BVSM ni sehingga sekarang! Alah, bukan susah pun, buat selimut jer pun! Kalau nak cuba, boleh jer roger Kak Nur, nanti Kak Nur bagitahu detailsnya ya?

8. Pakai Bengkung/Corset

Macam Kak Nur, u olls tahu lah kan Kak Nur pakai Premium Beautiful corset dah masuk 5 tahun. Alhamdulillah. Masa dekat hospital pakar dulu pun, doktor pakar tulang Kak Nur memang bagi Kak Nur pakai bengkung utk support pinggang dan cervical collar utk support leher. Tapi sebab rimas panas dan gatal2, Kak Nur pilih Premium Beautiful corset jer. Sebab apa? Sebab dengan pakai PB full set jer, Kak nur boleh tapau habis semua 5 lifestyle dekat atas ni. Kak Nur memang sedar diri Kak Nur ni slipped disc, Kak Nur tahu kena limitkan pergerakan, tapi sejauh mana lah Kak Nur boleh limitkan? So, PB full set or untuk lelaki just pakai bengkung PB sahaja, boleh kawal pergerakan Kak Nur. Posture badan Kak Nur automatik akan tegap dan kemas tapi bukan macam robot. Bengkung Premium Beautiful ada 7 tetulang yang akan support tulang belakang kita tanpa rasa rimas or gatal2! Kak Nur utamakan keselesaan sebab kita beli nak pakai hari2!  Bayangkan, lenguh nye la u olls kalau kita nak duduk sambil tegakkan pinggang kita tuh! Sekejap beberapa minit boleh la, kalau berjam2? Hish!!! Mahu krem jadinya pinggang! Like i said, nak ubah utk tidak angkat berat langsung pon kadang2 terangkat jugak.. So, Kak Nur ambil langkah berjaga2 dan langkah selamat utk pasang perisai dulu dekat badan Kak Nur utk membantu support tulang belakang Kak Nur. Sangat berbeza, bila kita angkat barang bila pakai PB full set/bengkung sahaja dengan langsung tak pakai apa2 utk support tulang belakang kita! Kak Nur dah try semua dah u olls! Premium Beautiful Corset ni kan ada Far in fra Red Rays (FIR), yang membantu untuk mengurangkan kesakitan dalam badan kita tuh akibat daripada saraf2 kita. Kalau dekat negara luar, mereka dah guna terapi infra red rays tau untuk slipped disc. U olls boleh baca dekat SINI .. so bagi Kak Nur, Premium Beautiful ni dah lengkap untuk membantu support tulang belakang sekaligus mengurangkan kesakitan akibat disc yang terkeluar dan mencucuk kepada saraf tulang belakang kita. Bagi Kak Nur, pakai PB ni dah macam terapi untuk kita juga, cumanya, terapi PB ni melekat dekat badan kita, sbg terapi tambahan bagi orang yang busy dan bekerja. hihihi alang2 kalau yang perempuan, boleh la kuruskan badan sekali, kan? Yang lelaki? pakai bengkung PB pun boleh kawal nafsu makan anda yer.. So sebab tu Kak Nur kata, Premium Beautiful corset 1 set/bengkung sahaja bagi kaum lelaki, sangat2 membantu secara menyeluruh bagi lifestyle kita yang masih muda dan aktif ni. Jangan cakap “ala..Kak Nur nak promote la tu PB dia..” bukan nak promote.. kalau promote tapi tak membawa apa2 perubahan yang baik pun untuk u olls, buat apa, kan? yang sakitnya u olls jugak. Tapi Kak Nur dah pakai PB full set ni 5 tahun! Nanti Kak Nur cerita alkisah Kak Nur jatuh di dalam kedai di Mall Alamanda Putrajaya tau! 1 peristiwa yg bagi Kak Nur, u olls yg ada slipped disc perlu tahu!

9. Be Happy!

Ini pesanan doktor pakar Kak Nur tau! Pada tahap dahi Kak Nur dah mula rasa2 kebas, dan pada masa tuh lah, Kak Nur decide utk berhenti kerja sebab tak nak bebankan sesiapa di tempat kerja lama, nak kena ganti/cover Kak Nur bila Kak Nur asyik tak sihat jer kan, doktor pakar memang pesan, Be Happy! U must lead a stress free life. hahaha rasa macam tak mungkin jer. Tapi lama2 Kak Nur faham apa maksud doktor tuh. Kita ni, kena belajar utk take easy for certain things. Sebab Kak Nur dulu orangnya sgt teliti dan sgt details. Jadi kalau ada apa2 tak kena jer, mesti Kak Nur akan go details punya. Tapi, at 1 point, Kak Nur kena belajar utk kawal diri dan emosi. Bukan apa, bila kita stress, tahu kan? itu pun boleh menyebabkan kita sakit, kebas kaki tangan dan sebagainya. Tak mudah, tapi boleh dengan slow2 kita ubah cara kita berfikir dan selalu bawa bertenang. Biarlah orang nak kata kita ni macam tak ambil peduli.. Bukan begitu, tapi kita memang perlu ambil masa sedikit drpd orang lain dek kerana kesihatan kita yang perlu dimaintain. Bagi Kak Nur, jika kita sendiri faham apa yang perlu dilimitkan, dan bagaimana kita mahu lead life kita sewajarnya, yang mana boleh membantu utk kurangkan stress, sakit dan daripada asyik masuk hospital, kita buat lah. Tak perlu risaukan “tapi nanti orang sekeliling aku fikir aku ni bla bla bla”.. bagi Kak Nur, kita sayangi diri kita dahulu, jangan risaukan orang sekeliling kita. Sampai masa, mereka akan faham dan boleh terima dan jangan terkejut if mereka pula memudahkan urusan kita. Macam Kak Nur, bisnes yang Kak Nur buat sekarang, bawa Kak Nur melancong ke serata dunia at least 2x setahun, for free.. Alhamdulillah, Allah bagi nikmat merasa pergi negara orang lepas Kak Nur accident kereta dan ada slipped disc! Nothing can stop you girl!

10. Solat dan Doa


2 perkara yg jangan kita tinggal. Kak Nur ni bukan lah ustazah kan nak cakap pasal perkara ni. Tapi bagi Kak Nur, pergerakan dalam solat kita tuh, membantu untuk melegakan urat dan saraf kita, and this therapy takkan dapat kat mana2. Sebab solat pon ada tomakninahnya kan? Dari aspek pinggang, belakang, tulang belakang, leher, pergerakan ibu jari kaki pon ada di dalam pergerakan dalam solat kita. Selalu berdoa dengan detail apa yang kita mahu utk kesihatan kita, and be specific kerana apa pun usaha kita, dari Dia juga semuanya. 
So, bagi Kak Nur, if kita ada slipped disc, memang nak tak nak, kita perlu ubah lifestyle kita.. dan segalanya bermula dengan diri kita, kan? Jangan expect orang boleh terima keadaan kita jika kita tidak boleh terima keadaan kita dulu. 

Kak Nur doakan, semua yang membaca entry ni, sihat2 belaka. Ada slipped disc? Dah tak tahan? Hubungi jer Kak Nur, sebab ramai yang contact Kak Nur, mengadu, orang sekeliling tak faham, dan u olls nangis tak berlagu je sorang2.. Dah la menahan sakit sorang2.. Orang pulak tak faham.. Sayangi diri kita dahulu.. Kak Nur kalau fikir tak sayang diri, tak ada nak beli corset2 nya.. tapi sebab sayang diri, sayang badan nak pakai lama, sayang dengan usia muda yang boleh aktif lagi, so Kak Nur tak was2 untuk usaha dengan apa cara sekalipun utk membantu Kak Nur mempunyai lifestyle yang lebih sesuai utk pesakit slipped disc macam Kak Nur.. (menaip entry ni pun, kena pakai PB full set u olls, kalau tak, terbaring tersadai la jawabnya! hahahaha!)
U olls boleh hubungi Kak Nur jika berminat degan BVSM dan juga Premium Beautiful Corset/Bengkung PB bagi lelaki..

InsyaAllah, Kak Nur cuba membantu! Sama2 kita sihat ya dan amalkan lifestyle sebagai pesakit slipped disc yang lebih sesuai dengan diri kita!


Shares