Ramai yang nak be on diet untuk kurangkan lemak di perut. Namun, nak berdiet pun kena tahu apa yang menyebabkan terjadinya lemak di bahagian perut kita tu. Kena kenal apakah jenis perut atau lemak di perut kita, then it will much easier for us to get rid off it! Ada beberapa jenis perut sebenarnya, dan 4 jenis perut ni terjadi daripada pelbagai sebab. Menarik kan? So, jom kenali perut anda jenis yang manakah?
                                           



1. Perut seperti “spare tire”

Perut ni terjadi biasanya apabila kite spend banyak sangat masa ketika duduk tanpa lakukan apa2 aktiviti fizikal pun. And u know what? Kalau makan makanan manis, macam chocolate ke, manis manisan ke, akan menerukkan lagi keadaan!!! Dan ia akan menambahkan lagi pengumpulan lemak disitu! 

Cara terbaik untuk mengelakkan daripada perut Spare Tire ni, stop makan makanan manis dan alkohol, dan mulakan dengan makan makanan yang sihat! Nampak mudah kan? Cuba try! Kalau every morning jenis kena makan chocolate, tiba2 ganti harini makan salad jer lah. ha cuba lah! Demi perut flat bukan SPARE TIRE.

2. Perut jenis Pooch

Perut bulat tapi sedikit jatuh ke bawah biasanya berlaku kepada orang yang perfectionist! Terkejut tak? Cuba tengok kiri kanan, kawan2 or kenalan2 yang jenis perfectionist, cuba tengok perut mereka! Dan biasanya, perut macam ni berlaku kepada orang yang selalu hadapi masalah kembung perut dan ada masalah penghadaman. Bila susah nak hadam, mula lah susah nak membuang, kan? Jadi perut pun buncit!

Cara nak elakkan daripada perut bulat yang jatuh ni, stop skipping meals and stop makan makanan fast food. STOP yer bukan kurang kan. Berani? Kalau itu boleh bagi perut leper bukan bulat, apa salahnya!

3. Perut ke Bawah/ Low Belly

Pernah tengok? Perut dibahagian bawah abdomen yang menggelebeh ke bawah? Dah la kebawah, lembik2 pulak tu. Biasanya berlaku kepada yang tak ada buat aktiviti fizikal langsung after having a meal and jenis yang malas bergerak. 

So, kalau nak get rid off this type of belly, kene perlu be active, dan gabung dengan minum jus2 yang sihat dan bersifat semulajadi, dan of course, macam biasa lah, amalkan pemakanan yang sihat. 

4. Perut Kembung/ Bloated Belly

Orang yang alami perut bloated ni biase pagi2 perutnya flat jer.  Tapi bila dah ke tenghari ke petang sikit, akan mula buncit lah. Tak kisah la bentuk badan atau berat bagaimana sekalipun, penyebab perut buncit ni adalah disebabkan makan makanan yang tidak sesuai dengan badan kita. Ia boleh terjadi disebabkan allergies or makanan yang rendah vitamin dan minerals.

Tukar diet harian kita, dan jangan makan makanan yang tak sesuai dengan kita. Sebagai contoh, ada orang tak boleh makan kacang, nanti perut kembung. Tapi jika belaku bloating ni, masalah ni boleh diselesaikan dengan minum minuman yang boleh melegakan organ penghadaman kite iaitu usus kita. 


Shares